Catatan

Menulis untuk Membela Diri

Suatu masa yang lalu, tahun 2016, aku mula hilang kepercayaan kepada "menulis" kerana suara aku tidak didengari langsung sama ada apabila aku menulis atau bercakap secara terus. Bahkan, pasca aku meninggalkan hubungan yang toksik, kerana tulisan status Facebook dan pelbagai cerita yang entah apa, kesihatan mental aku menjadi semakin parah apabila di dunia yang nyata, aku terus dikecam dan dibuli. Ada beberapa penulis dan beberapa artis, yang tidak aku kenali, menghina aku di khalayak awam. Entah kenapa mereka terlalu membenci aku dan bergembira di atas kejatuhan aku, aku tidak tahu kenapa. Aku tidak pernah mengambil tahu perihal mereka. Tetapi mereka sudah membenci aku. Sehinggakan ketika aku tertidur di sebuah ruang seni, ada yang ternampak aku memakai tali pinggang daripada tali T-Shirt, seurat panjang dan tipis, mereka menghina aku. Sedangkan, ketika itu, aku terlalu miskin walaupun hendak membeli tali pinggang sekali pun. Paha kiri aku pula lebam ditendang seseorang. Teta...

Lenggang-Lenggang Untuk Perempuan Tertindas

Lenggang lenggang kangkung, kangkung di tepi paya; Mari kita menabung, hati-hati dengan buaya. Lenggang lenggang kangkung, kangkung hijau batangnya; Bagaimana hendak menabung, hidup kita banyak hutangnya. Lenggang lenggang kangkung, kangkung dituai orang; Bila kita menabung, mesti kira tak usah kurang. Lenggang lenggang kangkung, kangkung di tempat redup; Ringan rasanya tabung, kalau dukung biawak hidup. Ditulis semula dan diperbaiki pada tahun 2021, di sebuah bukit berhampiran Sungai Perak agar tidak terlupa pengalaman hidup dan beringat agar tidak mengulang silap yang sama.